07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Bahagian Teknologi Automotif ILP Pasir Gudang telah menganjurkan Kursus Jangka Pendek Basic Vehicle Periodical Maintenance (Cross Skill Programme) selama 2 hari bermula 23 hingga 24 Jun 2023. Kursus ini disertai oleh 21 orang pelajar dari Bahagian Teknologi Elektrik (Semester 1) ILP Pasir Gudang dan telah dikendalikan oleh Pengajar Pakar Bahagian Teknologi Automotif ILPPG, En Wan Mustaffa bin Wan Mohamed Zain.

Kursus yang dijalankan selama 2 hari ini merupakan inisiatif ILP Pasir Gudang dalam memberi kemahiran tambahan kepada para pelajar selain dari program teras yang dipelajari oleh mereka. Menerusi kursus ini para pelajar dapat memperolehi pengetahuan asas secara teori dan amali bagi penyelenggaraan kenderaan ringan. Antara kandungan kursus ialah pengenalan kepada servis berkala kenderaan bagi sistem penyejukan, sistem pelinciran, sistem elektrikal, penyelengaraan bateri kereta, sistem brek, kotak gear, sistem gantungan dan tayar kenderaan. Para pelajar juga berpeluang mengenali sistem elektrikal kenderaan hibrid.

Kursus yang dijalankan ini amat bermanfaat untuk para pelajar seterusnya dapat meningkatkan kebolehpasaran pelajar di industri menerusi kemahiran – kemahiran tambahan yang dipelajari di ILP Pasir Gudang.

Skip to content