07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Kursus Jangka Pendek (KJP) -Asas Arduino anjuran Bahagian Teknologi Elektronik Industri telah dijalankan pada 23 Jun 2023 di Bengkel Teknologi Automotif ILP Pasir Gudang. Kursus ini dijalankan di bawah Program Kursus Jangka Pendek (Cross Skill Programme) bertujuan untuk menjadikan pembelajaran sepanjang hayat sebagai budaya rakyat Malaysia dalam menambah kemahiran melalui pelbagai bidang kemahiran di kalangan pelajar ILP Pasir Gudang.

Kursus ini disertai oleh 6 orang pelajar Diploma Automotif dan telah disampaikan oleh pengajar pakar iaitu Tc. Mohd Azri Fahmy bin Hj. Azman. Di dalam kursus ini, peserta diberi pendedahan terhadap asas Arduino dan fungsinya. Secara keseluruhan, kursus jangka pendek Asas Arduino berpotensi memberi kesan kepada individu, institusi pendidikan dan komuniti dalam memupuk kemahiran teknikal, kreativiti, inovasi dan pemahaman yang lebih mendalam terhadap teknologi.

Skip to content