Bahagian Teknologi Pembuatan (Pemesinan), TPP telah mengadakan lawatan industri ke I 5 Engineering Sdn Bhd bertempat di kawasan Miel Bandar Seri Alam, Masai. Lawatan ini disertai oleh 18 orang pelajar Semester 3 dan 2 orang pelajar Semester 4 Bahagian TPP bersama pengajar pengiring, Puan Hasimah binti Kamal.
Aktiviti lawatan seperti ini dapat memberi gambaran sebenar kepada para pelajar mengenai suasana pekerjaan di industri dan menjadikan para pelajar lebih memahami keperluan dan kehendak industri.