ILP Pasir Gudang telah menganjurkan Program Latihan Kemahiran Khas (PLKK) 2023 Bidang Teknologi Pembuatan Pemesinan dengan tajaan Unit Strategik Modal Insan (SMI), Johor. Program ini telah dijalankan selama 45 hari bermula 5 Mei hingga 18 Jun 2023 dan dikendalikan oleh Bahagian Pembuatan Pemesinan, ILP Pasir Gudang. Seramai 10 peserta daripada kalangan belia sekitar Negeri Johor telah menyertai program ini dan menamatkan program dengan jayanya.
Para peserta akan ditempatkan di industri pembuatan sekitar Negeri Johor bagi meneruskan pekerjaan dalam bidang seperti yang disasarkan. Melalui program ini, para peserta dapat mempelajari pengetahuan teori dan kemahiran amali bagi bidang pembuatan dengan menggunakan mesin larik, mesin kisar dan mesin canai konvensional serta dapat belajar menggunakan mesin CNC dengan menggunakan perisian CAM. Di samping itu, kemahiran asas penggunaan komputer, hak pekerja, penulisan resume dan asas ekeusahawan turut diajar kepada peserta-peserta. Program selama 45 hari ini dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan para peserta sejurus mencapai objektif penganjuran.