07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

ILP Pasir Gudang telah menganjurkan Program Latihan Kemahiran Khas (PLKK) 2023 Bidang Teknologi Automotif iaitu Automotif Servis Selepas Jualan tajaan Unit Strategik Modal Insan (SMI), Johor. Program ini dijalankan selama 45 Hari bermula dari 4 Mei hingga 18 Jun 2023 oleh Bahagian Teknologi Automotif ILP Pasir Gudang.

Seramai 10 peserta dari kalangan belia sekitar Negeri Johor telah menyertai program ini dan menamatkan program dengan jayanya. Para peserta ditempatkan di industri Automotif sekitar negeri Johor bagi meneruskan pekerjaan dalam bidang yang disasarkan. Melalui program ini, para peserta dapat mempelajari pengetahuan teori dan kemahiran amali bagi sistem utama kenderaan bermotor, sistem elektrikal kenderaan, sistem gantungan, asas rombak rawat enjin dan servis komponen-komponen utama kenderaan ringan.

Di samping itu, kemahiran asas penggunaan komputer, hak pekerja, penulisan resume dan asas ekeusahawan turut mereka pelajari. Program yang dijalankan selama 45 hari ini dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan para peserta seterusnya mencapai objektif penganjuran.

Skip to content