07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Program Intervensi Sosial dari Belia untuk Belia Anjuran Kelab Belia Dinamik Gelang Patah dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru, Majlis Belia Daerah Johor Bahru dan ILP Pasir Gudang telah diadakan pada 18 Jun 2023 bermula jam 8.00 pagi di Dewan Kuliah Utama.

Seramai 80 orang pelajar Sesi 1/2023 telah turut serta dengan program yang bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar ILP dengan isu yang semakin membimbangkan iaitu jenayah siber dan penyalahgunaan dadah. Penceramah dari MCMC dan AADK telah hadir dan berkongsi maklumat serta pengalaman yang sangat bermanfaat kepada para pelajar.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ybrs. En. Muhammad Najhan bin Abd Rahim, Wakil rasmi Pegawai Daerah Johor Bahru diiringi Ybrs. TS Dr. Alina binti A Rahman @ Othman, Pengarah ILP Pasir Gudang dan Ybrs. En. Mohamad Mazlan bin Hj. Anis, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

Skip to content