Program Kursus Asas APM Sesi 1/2023 telah diadakan pada 15 -17 Jun 2023 bertempat di Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang. Program yang dijalankan selama 3 hari 2 malam telah disertai oleh 119 orang pelajar, 10 orang penyelaras APM PISPA ILPPG dan 6 orang jurulatih juga pegawai dari APM Daerah Johor Baharu.
Objektif utama program adalah untuk melengkapkan setiap peserta dengan ilmu teori dan amali Asas Pertahanan Awam ke arah kesiap siagaan dalam menghadapi kecemasan dan bencana untuk diri sendiri juga masyarakat. Menerusi program yang dijalankan ini, para peserta didedahkan dengan pengenalan pertahanan awam, asas pertolongan cemas, penyelamatan di waktu kecemasan, pendarahan & balutan, CPR & chocking, ikatan tali serta kawad kaki.
Sepanjang program dijalankan para peserta dilatih menghadapi cabaran sebenar dengan menjalani pelbagai aktiviti dan simulasi yang dirancang. Diakhir kursus peserta di uji dengan peperiksaan teori dan amali untuk mendapatkan Sijil Asas Pertahanan Awam dan kad anggota APM yang dikeluarkan oleh Angkatan Pertahanan Awam Daerah Johor Baharu.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia iaitu En Shakib bin Ahmad Shakir dan turut hadir bersama ialah Timbalan Pengarah Latihan Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang, Ts Eza binti Monzaid serta Pegawai Pertahanan Awam Daerah Johor Baharu, Mejar (PA) Mohd Farid bin Ishak.