07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Kursus Jangka Pendek (KJP) Cross Bengkel Asas Pendawaian Elektrik 1 Fasa Siri Pertama telah dijalankan selama 2 hari pada 9 hingga 10 Jun 2023. Seramai 28 orang pelajar Teknologi Kimpalan Semester 2 telah melengkapkan kursus ini dengan jayanya. Kursus ini telah disampaikan oleh En. Hasri bin Aly Imran selaku tenaga pengajar kompeten dari Bengkel Teknologi Elektrik.

Objektif kursus adalah memberi pendedahan, pengetahuan asas dan kemahiran berkaitan fungsi papan agihan (Distribution Board) 1 fasa, lukisan pendawaian 1 fasa dan seterusnya asas pendawaian elektrik 1 fasa. Semoga program ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para peserta.

Skip to content