07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pada 1 Jun 2023, seramai 15 orang perantis telah mendaftarkan diri bagi mengikuti pembelajaran melalui Program SLDN Kursus Perkhidmatan Pembaikan Kenderaan Ringan (G452-002-2:2018). Program kali ini telah melibatkan 3 buah syarikat dari sekitar kawasan Pasir Gudang iaitu Syarikat AZ Permas Tyre & Rim Sdn Bhd, AKG Autowork Sdn Bhd dan Southern Alsagoff Group Enterprise.

Perantis-perantis ini akan menjalani latihan selama 6 bulan bermula di pusat latihan ILP Pasir Gudang selama kira-kira 1 bulan dan akan berakhir di syarikat-syarikat yang tersebut di atas. Perantis-perantis ini adalah kohort batch pertama program SLDN di ILP Pasir Gudang dan di bawah Program SLDN berinsentif tahun 2023 Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Skip to content