07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Bahagian Teknologi Instrumen Perindustrian telah menganjurkan Kursus Converter sempena National Training Week (NTW) pada 25 Mei 2023. Kursus ini disertai 7 orang peserta yang terdiri daripada orang awam dan telah disampaikan oleh tenaga pengajar pakar, Pn. Noorzilah binti Jamaludin di Bengkel Teknologi Instrumen Perindustrian, ILP Pasir Gudang.

Topik kursus termasuk pengenalan kepada converter, fungsi dan jenis converter, diikuti dengan amali converter di mana peserta akan menentu ukur ‘current to pneumatic’ dan ‘pneumatic to current converter’. Kursus ini telah mencapai objektifnya yang bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran tentang converter kepada peserta kursus di kalangan orang awam.

Skip to content