Bahagian Teknologi Penyenggaraan Mekanikal telah menganjurkan Kursus Customised bertajuk Welding Machine Maintenance kepada 10 orang peserta pada 21 Mei 2023 dan Drilling Machine Maintenance kepada 12 orang peserta pada 25 Mei 2023. Kursus-kursus ini telah dijalankan di Bengkel Mekanikal bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang dan disampaikan oleh En. Mohd Sani bin Ramli dan En. Muhamad Hanafi bin Hussin. Objektif kursus iaitu memberi pengetahuan dan kemahiran dalam kerja-kerja menyelenggara mesin welding, menggerudi dan menyelenggara mesin gerudi sebagai persediaan untuk para peserta ke alam pekerjaan telah berjaya dicapai dengan lancar.