Bahagian Teknologi Elektrik ILP Pasir Gudang telah menganjurkan kursus ‘How to Install Single Phase Distribution Board’ secara bersemuka sempena National Training Week (NTW) pada 24 Mei 2023. Kursus ini telah dikendalikan oleh pengajar kompeten dalam bidang elektrik iaitu En. Mohd Bakhtiar bin Nasir. Seramai 11 orang peserta berjaya menyertai kursus ini sehingga tamat.
Peserta diberi pendedahan berkaitan asas keselamatan pemasangan elektrik, pengenalan kepada peralatan dan perkakasan elektrik, pengenalan kepada papan agihan satu fasa serta kefungsiannya. Di akhir kursus, setiap peserta diberi peluang untuk merasai pengalaman secara hands-on memasang papan agihan satu fasa secara betul dan selamat.