Sempena Program National Training Week (NTW) yang dijalankan di seluruh Malaysia, Bahagian Penjaga Jentera Eelektrik telah menganjurkan Kursus Simulasi Penyegerakkan Janakuasa Voltan Rendah (Low Voltage Synchronizing Generator Simulator) secara praktikal pada 23 Mei 2023.
Program ini disertai oleh 28 orang peserta yang mempunyai latar belakang dan pengetahuan tentang elektrik khususnya penggunaan janakuasa voltan rendah dan telah disampaikan oleh pengajar pakar En Mohd Khairul bin Ramlan dari Bahagian Penjaga Jentera Elektrik. Pembelajaran merangkumi aspek teori dan amali.