Mesyuarat Penyelarasan Program SLDN & Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Program SLDN telah diadakan pada 23 Mei 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat ILP Pasir Gudang. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan perancangan dan hal-hal berbangkit berkaitan program SLDN serta memastikan perlaksanaan sistem jaminan kualiti program SLDN di antara ILP Pasir Gudang, Syarikat AZ Permas Tyre & Rim Sdn Bhd, AKG Autowork Sdn Bhd dan Southern Alsagoff Group Enterprise yang akan diadakan bermula 1 Jun 2023.