07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Bahagian Teknologi Rekabentuk Produk Industri ILP Pasir Gudang telah menganjurkan kursus Asas 3D Printer secara bersemuka sempena National Training Week (NTW) pada 23 Mei 2023. Kursus ini telah dikendalikan oleh pengajar kompeten dalam bidang rekabentuk iaitu En. Mohd Zahari Bin Ramli.

Seramai 14 orang peserta berjaya menyertai kursus ini sehingga tamat. Para peserta didedahkan dengan TinkerCAD, iaitu satu platform mudah untuk membuat rekaan 3D dan seterusnya mencetak menggunakan mesin cetak 3D. Di akhir kursus, setiap peserta diberi peluang mencetak model rekaan sendiri dengan teknik yang betul dan selamat secara hands-on.

Skip to content