Bahagian Teknologi Automotif dengan Kerjasama Syarikat EJK Car Solution and Lubricant (M) Sdn Bhd telah menganjurkan Kursus Servis Kereta Elektrik dan Hibrid bagi pelajar-pelajar Teknologi Automotif ILP Pasir Gudang selama 2 hari bermula 6 April 2023 di ILP Pasir Gudang dan sambungan kursus pada 20 Mei 2023 di Syarikat EJK Car Solution and Lubricant di Pontian, Johor.
Seramai 47 orang pelajar peringkat Sijil dari Bahagian Teknologi Automotif telah menyertai kursus yang dijalankan selama 2 hari ini dan berpeluang mempelajari kaedah penukaran bateri kereta hibrid, penyejukan invertor, penukaran minyak gear box dan brake fluid serta mengenalpasti komponen-komponen utama dalam kenderaan hibrid. Di samping itu, para pelajar dapat mempelajari asas diagnosis dan pembaikan pada sistem hibrid secara khusus.
Kursus ini telah disampaikan oleh En Ben Lee Yew Cheong yang merupakan pakar kenderaan hibrid dan juga Pengurus Syarikat EJK Car Solution and Lubricant (M) Sdn Bhd. Beberapa jurulatih yang berpengalaman dari syarikat tersebut turut serta dalam sesi pengajaran amali servis kenderaan hibrid. Pelajar-pelajar dapat memperolehi ilmu tambahan secara teori dan amali dalam servis kenderan hibrid yang amat bermanfaat dalam alam pekerjaan sejajar dengan perkembangan industri Automotif di Malaysia.