Seramai 26 orang pelajar Sijil Teknologi Automotif Servis (STAS) diiringi Ketua bahagian Teknologi Automtotif, Ts. Kavitha Palaniappan telah menjalankan Lawatan Pendedahan Industri (Industrial Exposure) pada 20 Mei 2023, Sabtu bertempat di EJK Car Lubricant and Solution Sdn. Bhd. di Pontian, Johor.
Para pelajar telah didedahkan dengan industri Servis Kenderaan Hybrid di Syarikat EJK Car Solution & Lubricant (M) Sdn. Bhd. yang beroperasi sejak tahun 2016 dalam membaikpulih kenderaan hybrid secara khususnya di Pontian, Johor, Malaysia.
Program lawatan ini juga dapat memberi gambaran lebih lanjut tentang perkembangan industri EV dan hybrid dalam dunia Automotif di samping dapat melengkapkan Modul Pembelajaran Pendedahan Industri (Industrial Exposure) bagi para pelajar STAS Semester 2 ILP Pasir Gudang.