Program ini adalah program tahunan yang dijalankan setiap tahun oleh perpustakaan-perpustakaan di Malaysia. Program ini juga merupakan program sampingan dalam menjayakan Kempen Literasi Maklumat sepanjang tahun dengan slogan ‘BACA BINA INSAN’ bagi tahun 2023.
Selain aktiviti membaca 10 minit, aktiviti-aktiviti lain yang turut dijalankan bagi memeriahkan program ialah pertandingan anyaman ketupat dan permainan congkak. Diharapkan, legasi seterusnya akan terus berminat untuk membaca dan tidak hanya bergantung kepada media sosial.
