07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Seramai 54 orang warga Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang telah menyertai Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Johor 2023 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor yang telah dijalankan di Masjid Tun Hussein Onn, Larkin pada 15 April 2023. Pelbagai aktiviti dijalankan bersempena bulan Ramadan seperti Pertandingan Azan, Tadarus Al-Quran, Klinik Bacaan Al-Quran, agihan Bubur Lambuk, dan disempurnakan dengan Majlis Khatam Al-Quran bersama tetamu kehormat, YB Dato’ Haji On bin Jabbar, Timbalan Setiausaha Sukan, Belia dan Sukarelawan Negeri Johor.

Bagi Pertandingan Azan, pelajar-pelajar dari ILP Pasir Gudang telah merangkul ketiga-tiga tempat pemenang dan Muhammad Syafiq Izuddin bin Ibrahim, selaku Johan bagi pertandingan tersebut telah diberi penghormatan bagi melaungkan azan Maghrib di Masjid Tun Hussein Onn pada hari tersebut. Program diakhiri dengan Majlis berbuka puasa bersama peserta dan keluarga asnaf di sekitar kawasan Larkin.

Skip to content