07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Program berimpak besar ‘??????? ??????? ?????????? ????? ???? ????? ??????’ telah memilih ILP Pasir Gudang sebagai lokasi utama untuk tahun ini bagi menyambut baik seruan kerajaan dalam memperkasakan TVET sekaligus menyambut ulang tahun RTM yang ke 77. Objektif utama program ini adalah untuk menyantuni golongan asnaf dan anak yatim.

Jemputan terdiri daripada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Yang Berusaha En. Shakib bin Ahmad Shakir, Pengarah FAMA, Pengurusan Tertinggi dari Ibu Pejabat Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Pengarah ILJTM Wilayah Selatan, wakil dari agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia, wakil-wakil komuniti, wakil-wakil dari industri dan jemputan utama terdiri daripada golongan asnaf dan anak yatim.

Pelbagai aktiviti telah diatur di antaranya rakaman bacaan qasidah dari Kumpulan Qasidah Huzaifah Ibn Yaman yang terdiri daripada 50 orang pelajar ILP Pasir Gudang bagi siaran rancangan khas Qasidah Raya sempena Aidilfitri tahun ini, Lintas Langsung Selamat Pagi Malaysia semasa warga ILPPG memasak bubur lambuk dan juga juadah berbuka puasa bagi menyantuni golongan asnaf dan anak yatim yang dijemput hadir, rakaman Program Raudah dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azam Al-Kankari dan persembahan artis Ayai Ilusi juga Is (Projector Band).

Semasa aktiviti memasak bubur lambuk dan juadah dijalankan, Radio NASIONALfm – Sentiasa di hati turut menemubual tukang masak bubur lambuk ILPPG iaitu En Rozman bin Jemahat dan tukang masak juadah berbuka iaitu En Wan Mahmudul Hasan bin Wan Zolkipli. Wakil pelajar, Faiz Amirol Haziq bin Mohamad Rofie dari Kursus Teknologi Perkakasan Pembuatan Die turut ditemubual bagi memperkenal dan mempromosikan ILP Pasir Gudang sebagai Pusat Latihan Kemahiran TVET secara langsung di Radio Nasional FM.

Acara kemuncak program ialah penyampaian sumbangan kepada 50 orang asnaf dan anak yatim yang telah dipilih di sekitar komuniti Pasir Gudang. Sumbangan berbentuk barangan keperluan dan duit raya hasil sumbangan pihak ILPPG Prihatin, Nasional FM, FAMA dan Southern Lion yang masing-masing disampaikan oleh Penerbit Nasional FM, Pengarah ILP Pasir Gudang, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Pengarah FAMA dan Pengurus Southern Lion. Para asnaf dan anak yatim ini turut dijemput berbuka puasa bersama kakitangan Nasional FM dan warga ILP Pasir Gudang.

Pada sebelah malamnya pula, Rakaman Takbir Raya yang disertai oleh 40 orang kakitangan ILP Pasir Gudang, Nasional FM, FAMA, wakil-wakil komuniti dan industri telah dilakukan bagi tayangan semasa Hari Raya Aidilfitri nanti. Program yang mendapat liputan luas dari pihak RTM dan media siosial ini sangat memberi impak

besar bagi ILP Pasir Gudang. Selain tujuannya memperkasakan TVET, program ini dapat sama- sama membantu golongan yang memerlukan terutama di bulan Ramadan yang mulia ini.

Skip to content