Seramai 50 orang sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar ILP Pasir Gudang bersama ILP Mersing telah memberikan bantuan pembaikan peralatan elektrik juga kerja-kerja pembersihan kawasan terkesan banjir di beberapa kampung dalam daerah Batu Pahat bagi Program Corporate Social Responsibility (CSR) Bank Islam Malaysia Berhad dan Jabatan Tenaga Manusia (JTM).
1) Kg. Parit Banyumas, Parit Yaani
2) Kg. Parit Burah, Seri Gading
3) Kg. Parit Ju, Parit Sulong
4) Kg Parit Abd Rahman Laut, Parit Sulong
5) Batu 1, Jalan Seri Medan
Pengarah ILP Pasir Gudang, Ts Dr. Alina binti A.Rahman @ Othman dan Pengarah ILP Mersing, Ts Syahrull Nizam bin Perdan turut bersama-sama memberikan khidmat bantuan pembersihan bagi sesi program CSR terakhir ini