07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

14 Mac 2023 – Seramai 16 orang sukarelawan dari ILP Pasir Gudang telah memberi khidmat bantuan pembersihan dan bantuan teknikal dari segi pemeriksaan serta pembaikan peralatan elektrik seperti peti ais, mesin basuh dan chiller kepada mangsa banjir kawasan Jalan Jambi, Jalan Sungai Semalok, Mawai Lama, Jalan Awang Tinggi dan Kampong Tersusun Daerah Kota Tinggi, Johor.

Program Corporate Social Responsibility (CSR) Bank Islam Malaysia Berhad dan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) kali ini adalah dengan kerjasama JKKK Kg Mawai dan Majlis Belia Kota Tinggi.

Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), YBrs En. Shakib bin Ahmad Shakir turut hadir bersama-sama 6 orang sukarelawan dari KD Sri Medini bagi memberikan khidmat bantuan pembersihan dan teknikal di kawasan terbabit.

Skip to content