Seramai 17 orang sukarelawan dari ILP Pasir Gudang telah memberi bantuan teknikal dan kerja-kerja pembersihan di kawasan banjir Kg Sentosa Damai, Cahaya Baru, Mukim Plentong Daerah Johor Bahru.
Program Corporate Social Responsibility (CSR) Bank Islam Malaysia Berhad dan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dengan kerjasama Pejabat Daerah Johor Bahru ini turut melibatkan pelbagai agensi sukarelawan iaitu Southern Volunteers Daerah Johor Bahru, kakitangan Pejabat Daerah Johor Bahru, En Nurul Faiz, Penghulu Mukim Plentong, JPKK Kg Cahaya Baru Masai, Kem Tebrau 501, MMHE Volunteer, RELA, Ketua-ketua Kampung Mukim Plentong dan Kelab Modenas Elegan Johor.
Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), YBrs En. Shakib bin Ahmad Shakir turut hadir bersama-sama sukarelawan dari KD Sri Medini dalam memberikan bantuan teknikal dan pembersihan di kawasan terbabit. Semoga khidmat bantuan yang diberikan ini dapat meringankan beban mangsa banjir yang terlibat.