Bahagian Penjaga Jentera Elektrik ILP Pasir Gudang telah menganjurkan Kursus Modul Talian Atas Voltan Rendah pada 10 Februari hingga 11 Mac 2023, di mana program ini telah disertai oleh 20 orang peserta yang terdiri daripada orang kompeten di industri. Program ini telah dijalankan secara bersemuka di ILP Pasir Gudang dan disampaikan oleh pengajar pakar dari Bahagian Penjaga Jentera Elektrik, ILPPG. Pembelajaran merangkumi aspek teori, amali, lisan dan semakan buku log berkaitan proses pemasangan Sistem Talian Atas Voltan Rendah.