07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Mesyuarat ‘Industrial Park Management Committee’ (IPMC) Bil 38 (1/2023) dan Program Mesra Industri Bil.14 (1/2023) Majlis Bandaraya Pasir Gudang telah diadakan pada 9 Mac 2023 bertempat di Amari Hotel, Johor Bahru. Ts Ramaiah a/l Veerayah selaku wakil pengarah dan Tc Megat Mohamad Faizar bin Abdul Wahab telah menghadiri program yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ Asman Shah bin Abd Rahman, Datuk Bandar MBPG ini bersama pemain industri di sekitar Pasir Gudang.

Program tahunan ini merupakan salah satu medium perantara dan platform bagi mengumpulkan pihak industri bersama pihak pengurusan MBPG untuk berkongsi idea serta mencari jalan penyelesaian isu-isu dan permasalahan dalam pembangunan industri di sekitar Pasir Gudang.

Antara perkara yang dibangkitkan oleh wakil Pengarah ILP Pasir Gudang adalah isu permohonan mendapatkan lintasan belang dan bonggol jalan serta parkir motorsikal di kawasan hadapan institut bagi kegunaan pelajar-pelajar ILP Pasir Gudang.

Skip to content