Pegawai dari Unit Pentauliahan Ibu Pejabat JTM iaitu Puan Hajah Amira binti Mohd Noor selaku pegawai naziran yang dilantik telah hadir ke ILP Pasir Gudang pada 6 Mac 2023 bagi lawatan verifikasi naziran khas. Pengesahan Sistem Penilaian dan Latihan ILJTM berasaskan CGPA telah dibuat bagi program Diploma Teknologi Automotif Servis melibatkan 15 orang pelajar bagi lawatan pertama.
Pegawai naziran turut berkesempatan memberi taklimat ringkas dan menjawab persoalan berkaitan perlaksanaan program COPTPA yang akan dan telah dijalankan di institut. Taklimat ini dihadiri oleh ketua-ketua bahagian dan juga wakilnya.