ILP Pasir Gudang yang diketuai oleh Pengarah ILP Pasir Gudang, Ts. Dr Alina A Rahman telah menghadiri sesi penyelarasan Desktop Submission bagi projek Cluster of Excellence Phase 3 (COE 3) – Proses Pengiktirafan dan Akreditasi Antarabangsa pada 6 Mac 2023 di Opito Asia Pacific Sdn Bhd, Kuala Lumpur. Sesi tersebut diselaraskan oleh pihak Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) bagi ILP Pasir Gudang dan ADTEC Kemaman pada sesi yang sama manakala bagi UTHM, KKTM Kemaman dan Politeknik Tun Syed Nasir pada sesi yang berlainan.
Sesi tersebut bertujuan untuk melaksanakan penyelarasan dokumen permohonan Pensijilan Antarabangsa OPITO bagi kesemua institut termasuk ILP Pasir Gudang. Hasil daripada sesi tersebut membolehkan pihak institut melaksanakan penambahbaikan dokumen yang telah dihantar melalui sistem hub OPITO terutamanya bagi kriteria sistem yang akan menentukan kelulusan untuk “OPITO Centre Accreditation”.