07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Kursus In-house Training untuk tenaga pengajar ILJTM Teknologi Minyak & Gas Mekanikal (DownStream) telah dijalankan dari 26 Februari 2023 hingga 2 Mac 2023 bertempat di Bengkel Teknologi Automotif ILP Pasir Gudang. Kursus ini dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Automotif ILP Pasir Gudang bagi meningkatkan kepakaran tenaga pengajar Minyak & Gas Mekanikal dalam pengendalian modul pembelajaran Internal Combustion Engine Overhaul (ICEO).

Seramai 7 orang tenaga pengajar telah menyertai kursus ini terdiri daripada 4 orang tenaga pengajar dari ADTEC Batu Pahat dan 3 pengajar dari ILP Pasir Gudang. Kursus ini disampaikan oleh pengajar pakar dari Bahagian Teknologi Automotif ILP Pasir Gudang, En Wan Mustaffa bin Wan Mohamed Zain. Kursus yang telah dijalankan selama 5 hari ini dapat melatih tenaga pengajar secara teori dan amali sejurus meningkatkan kemahiran tenaga pengajar merangkumi skop pembelajaran yang telah dirancang.

Skip to content