07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Webinar TVETDigital : Google Forms Made Easy telah diadakan pada 27 Februari 2023 (Isnin) secara dalam talian menggunakan medium Google Meet. Kursus ini telah berlansung pada 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari dengan En Hairul Azwani bin Aziman, Pegawai BPSM ILPPG sebagai Coordinator Webinar. Langkah pembangunan borang digital & penghasilan sijil digital telah ditunjukkan secara real-time & hands-on menggunakan aplikasi Google Forms. Peserta juga dibekalkan dengan nota slide yang dikongsi selepas kursus.

Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam penggunaan aplikasi google Forms. Antara topik kursus yang disentuh adalah cara membangunkan borang digital, jenis-jenis soalan, memasukkan text, image & video, cara memasukkan link & embed, collaboration dan cara untuk kongsi link borang digital.

Sebagai nilai tambah kepada kursus, peserta juga didedahkan dengan cara penghasilan sijil digital menggunakan Add-Ons Autocrat & Certify’em. Peserta kursus terdiri daripada 74 orang peserta yang mendaftar dikalangan orang awam, pekerja swasta, penjawat awam & bekerja sendiri. Pihak BPSM ILP Pasir Gudang sangat komited bersama-sama dalam perkongsian ilmu dan kepakaran kepada semua lapisan masyarakat.

Skip to content