ILP Pasir Gudang telah turut serta dalam Program Usahawan Muda 2023 (PUM23) Peringkat Johor yang telah diadakan pada 26 Februari 2023 (Ahad) bertempat di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil, Politeknik Ibrahim Sultan Johor Bahru, Johor. Seramai 27 orang pelajar dan 2 pengajar eKeusahawan telah menyertai program ini yang dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YB Datuk Seri Salahuddin Bin Ayub. ILP Pasir Gudang juga turut menerima sumbangan Agihan Wakalah Zakat Korporat SSM dan Sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat SSM sebanyak RM5,000 untuk pelajar yang berkeperluan.
Sepanjang program berlangsung pelbagai ceramah dan perkongsian ilmu telah disampaikan oleh pakar dari agensi-agensi yang dijemput. Antara ceramah yang disampaikan ialah Pengguna Bijak (Ubah Gaya Hidup) oleh KPDN, Usahawan Bijak & Usahawan Berdaftar (Keperluan & Faedah Mendaftarkan Perniagaan) oleh SSM, Perniagaan dan Pengurusan Kewangan oleh Bank Rakyat, Revolusi Pemasaran Digital (Teroka Teknologi Baharu) oleh pelatih Shopee Malaysia dan slot terakhir ialah Sesi Semarak Daya Niaga oleh usahawan-usahawan berjaya menerusi forum Perkongsian Success Stories. Program PUM23 ini dapat membantu para pelajar memperolehi ilmu-ilmu tambahan yang bermanfaat sebagai pengguna dan usahawan muda menerusi perkongsian dari penceramah-penceramah yang telah dijemput.