Bahagian Teknologi Instrumen Perindustrian telah menganjurkan Kursus Jangka Pendek Industrial Instrumentation & Control Operation and Maintenance – Level 3 (3 September 2022 hingga 25 Februari 2023) setiap Sabtu dari 8 pagi hingga 5 petang. Seramai 16 orang peserta yang terdiri daripada pekerja industri telah menyertai kursus tersebut. Kursus ini dijalankan di Bengkel Teknologi Instrumen Perindustrian, ILP Pasir Gudang dan disampaikan oleh tenaga pengajar yang terdiri daripada En. Mohd Hisham, Pn. Noorzilah, En. Wan Nazli, Pn. Suzana, Pn. Nor Haslinda, En. Ramli dan Pn. Eunice.
Topik kursus termasuk Instrumentation & Control Safety Application, Instrumentation & Control Operation, Instrumentation & Control Pre-commissioning Preparation, Instrumentation & Control Maintenance & Troubleshooting, Instrument Verification and Calibration, Control System Configuration, Instrumentation & Control Supervision. Kursus ini telah berjaya mencapai objektifnya yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam bidang Instrumen.