Program Minggu Kerjaya dan Modul Hak Pekerja telah berlangsung selama 4 hari (20-23 Februari 2023) di Dewan Kuliah Utama, ILP Pasir Gudang dengan penglibatan seramai 169 orang pelajar semester akhir.
Pegawai dari PERKESO, Encik Akmal memperkenalkan laman MYFutureJobs dan telah menunjukkan cara-cara untuk mendaftar dan menggunakan laman tersebut. Penerangan berkenaan program-program yang boleh para pelajar sertai semasa mencari pekerjaan turut diberi pada hari pertama program.
Pada hari kedua, Pegawai dari Agensi Pekerjaan, Puan Umi Kalthum dijemput bagi menerangkan tips-tips kejayaan dalam kerjaya. Teacher Suraya Hani dari Jabatan Pengajian Am ILPPG turut dijemput untuk berkongsi ilmu berkaitan penulisan resume .
Seterusnya pada hari ketiga, Modul Hak Pekerja yang dikelolakan oleh En. Asri telah berlansung dan juga pengisian dari pegawai PERKESO mengenai keselamatan dalam pekerjaan. Modul-modul lain telah disampaikan sendiri oleh En. Asri. Para pelajar turut diminta menyelesaikan tugasan bagi menilai kefahaman mereka dengan modul-modul tersebut.