Seramai 40 orang peserta telah melapor diri bagi mengikuti Kursus 6G Gas Tungsten Arc Welding (GTAW) dan 3G/ 4G Flux Core Arc Welding (FCAW) di Bengkel Kimpalan ILP Pasir Gudang pada 20 Februari 2023. Kursus yang akan berlangsung selama 15 hari ini adalah program usahasama antara ILP Pasir Gudang, Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) dan Malaysia Marine and Heavy Engineering (MMHE).
JPDC sebagai penaja kepada program ini akan membiayai peserta-peserta yang layak dan memenuhi kriteria sahaja. Peserta-peserta yang berjaya menamatkan latihan dan lulus Welder Qualification Test (WQT) akan terus diambil bekerja dengan MMHE. Kursus akan diadakan sebanyak 4 Siri dan Siri ke 4 akan berakhir pada 20 April 2023.