Bahagian Teknologi Instrumen Perindustrian telah menganjurkan kursus percuma iaitu Programmable Logic Controller pada 19 & 20 Februari 2023. Kursus ini telah disertai oleh 12 orang peserta yang terdiri daripada orang awam. Kursus ini dijalankan secara bersemuka di Bilik PLC, ILP Pasir Gudang dan disampaikan oleh tenaga pengajar pakar, En. Mohd Hisham bin Abd Jalil. Topik kursus termasuk pengenalan kepada PLC, penyambungan Input/Output dan pengaturcaraan PLC dengan menggunakan perisian CX Programmer. Kursus ini telah mencapai objektifnya yang bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran tentang Programmable Logic Controller (PLC) kepada peserta kursus di kalangan orang awam.