Bahagian Teknologi Rekabentuk Produk Industri telah menganjurkan program secara percuma pada 19 Febuari 2023, iaitu TVETDigital Design Using Inventor dan program ini telah disertai oleh 13 orang peserta yang terdiri daripada orang awam. Program ini dijalankan secara bersemuka di ILP Pasir Gudang dan disampaikan oleh pengajar pakar, Encik Wahid bin Sabtu.
Pengajaran yang disampaikan adalah merangkumi aspek teori dan amali berkaitan proses penghasilan lukisan 3D menggunakan perisian Inventor Pro. Program ini telah mencapai objektifnya yang bertujuan memberi kemahiran asas kepada peserta di dalam menghasilkan model 3D dan lukisan teknikal 2D dengan menggunakan perisian Autodesk Inventor Pro.