Bahagian Teknologi Pembuatan (Pemesinan) telah menganjurkan program secara percuma iaitu TVETDigital Basic 3D CAD Design pada 19 Febuari 2023. Program ini disertai oleh 10 orang awam dan telah dijalankan secara bersemuka di ILP Pasir Gudang.
Pengajar pakar, Encik Muhammad Shabri bin Hussain telah menyampaikan pengajaran merangkumi aspek teori dan amali berkaitan proses penghasilan lukisan 3D menggunakan perisian AutoCAD. Program ini telah mencapai objektifnya yang bertujuan memberi pendedahan dan berkongsi pengetahuan kepada para peserta berkenaan asas lukisan 3D menggunakan perisian AutoCAD.