Pendedahan terhadap alam perniagaan dan teknik-teknik yang digunapakai oleh usahawan berjaya dikongsi menerusi Seminar Perniagaan eKeusahawanan Siri 2/2023 yang telah diadakan di ILP Pasir Gudang pada 15 Februari 2023 (11.00am – 4.30pm) bertempat di Dewan Kuliah Utama.
Seminar ini telah dianjurkan oleh JK eKeusahawanan ILPPG yang diselaraskan oleh Pn. Ts. Kavitha Palaniappan untuk memberi peluang kepada bakal usahawan muda ILP Pasir Gudang untuk mempelajari serba sedikit dari usahawan yang berjaya melalui pelaburan emas dan pemasaran penapis air. Peluang–peluang yang wujud dalam menjana pendapatan pasif secara sampingan didedahkan kepada para pelajar menerusi seminar ini.
Seramai 220 orang pelajar ekeusahawan ILPPG beserta pengajar ekeusahawanan Sesi 1/2023 telah menyertai seminar yang telah dianjurkan. Slot pertama seminar yang bertajuk ”Perbelanjaan Hangus Jadi Aset Emas” disampaikan oleh En Mohamad Shahril Akmal Bin Mohd Rosli yang merupakan salah seorang consultant berjaya Quantum Metal. Seterusnya, slot kedua seminar disampaikan oleh Pn. Nurliyana Binti Ahmad Azahari dari CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd.
Menerusi perkongsian seminar ini, para pelajar dapat mempelajari teknik pemasaran dalam talian yang digunakan dan media-media pemasaran yang popular masa kini. Selain itu, penceramah juga menerangkan kepentingan pengucapan awam yang perlu diterapkan di kalangan pelajar bagi menjadi usahawan yang berjaya.
