Pada 30 Januari 2023, pihak CESS ILP Pasir Gudang telah menghadiri Menyuarat Jawatankuasa Rundingan Harga bagi Program Pro-Mahir Johor 2023. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Penolong Pengurus Unit Strategik Modal Insan Johor, Abd Razak bin Ithnain serta dihadiri oleh beberapa pegawai dari SMI dan pegawai kewangan dari SUK Negeri Johor.
Dalam mesyuarat tersebut pihak SMI telah bersetuju dengan harga yang ditawarkan oleh pihak ILP bagi menjalankan kursus separuh masa dalam Bidang Automotif dan Pembuatan di bawah Program PLKK tajaan SMI. Program dijangka akan bermula pada bulan Mac 2023 dengan sasaran peserta dari kalangan belia B40 sekitar Pasir Gudang.