Bengkel TVETDigital – Digital Poster/Video Creation for Social Media Marketing telah dijalankan pada 3 Februari 2023 sempena Program TVETDigital di bawah inisiatif Quick Win 100 Hari YBM.
Program ini telah dikendalikan oleh Pn. Ts. Kavitha Palaniappan dari Bahagian Teknologi Automotif. Sesi Latihan dijalankan secara bersemuka di ILP Pasir Gudang yang menekankan aspek teori dan amali dalam penghasilan kandungan kreatif bagi usahawan digital. Seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada orang awam telah menyertai dan menamatkan program mengikut perancangan yang ditetapkan.