Lawatan YB Tuan Hj Baharudin bin Mohamed Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri Permas Jaya ke ILPPG bersama En Mohd Hafidz bin Samsudin (Guru Besar SK Taman Rinting 3), En Mohamad Alhad (Ketua Kg Kuala Masai), En Daud bin Saad (Ketua Kg Pasir Gudang Baru) dan En A. Rahim bin Moen (Ketua Kg Senibong) pada 22 Disember 2022. Objektif lawatan adalah untuk memperkenalkan dengan lebih dekat lagi peranan dan fungsi ILP Pasir Gudang serta kerjasama yang boleh dijalankan di antara ILPPG dengan masyarakat setempat.
YB Tuan Hj Baharudin bin Mohamed Taib bersetuju untuk mengadakan program usahasama seperti kursus jangka pendek dan program CSR untuk masyarakat setempat bersama ILPPG. YB juga bersetuju untuk membantu pihak ILP Pasir Gudang menyediakan parkir pelajar dan akan mempertimbangkan permohonan sumbangan komputer bagi tujuan latihan.