Kursus Jangka Pendek Siri 1 untuk Modul Basic Pneumatic telah dijalankan selama 3 hari bermula pada 19 Disember 2022 – 21 Disember 2022. Kursus ini telah dijalankan atas Program Latihan Usahasama ILP Pasir Gudang dan Syarikat Beyonics Precision Malaysia Sdn Bhd.
Seramai 9 orang pekerja industri terdiri daripada jurutera dan juruteknik Syarikat Beyonics Precision Malaysia Sdn Bhd telah terlibat bagi KJP Siri 1. Kursus ini disampaikan oleh tenaga pengajar pakar dari Tek. Elektronik Industri iaitu Tc. Mohd Azri Fahmy bin Azman, di mana pendedahan telah diberi terhadap komponen-komponen pneumatic, simbol dan gambar rajah litar pneumatic. Selain itu, peserta didedahkan dengan sistem pneumatic, pneumatic control dan electro-pneumatic juga penghasilan projek pneumatic.
Kursus ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada pekerja industri tentang Asas Pneumatic bermula dari pengenalan komponen-komponen pneumatic dan block diagram hingga ke sistem. Kursus ini juga dapat meningkatkan pengetahuan serta memantapkan lagi kemahiran para pekerja industri. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dapat digunapakai dalam proses peningkatan kerjaya pekerja industri di masa akan datang.