07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Malaysian Sheet Glass Sdn. Bhd. dengan kerjasama ILP Pasir Gudang dan KEJORA telah mengadakan program Khidmat Masyarakat bagi membersihkan sekitar kawasan pantai dan dataran Tanjung Balau, Desaru.

Seramai 23 orang kakitangan syarikat tersebut dan 17 orang peserta dari ILPPG telah turut serta. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan penjagaan kebersihan alam sekitar terutamanya di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai.

Bagi menyemarakkan semangat peserta, pihak MSG telah menyediakan sedikit insentif bagi kumpulan yang mengumpulkan sampah terbanyak. Penyampaian hadiah dan perasmian telah disempurnakan oleh Encik Hasnol bin Ahmad, Pengurus Sumber Manusia, MSG Sdn. Bhd.

Skip to content