Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan dengan kerjasama Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NiOSH) telah mengadakan lawatan pelajar ILPPG ke karnival tersebut di Tanjong Puteri Golf Resort.
Karnival tersebut bertujuan untuk memperkenalkan kepada orang ramai mengenai kompetensi yang ditawarkan oleh pihak NiOSH.
Selain itu, terdapat juga pameran dari beberapa agensi serta syarikat berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di industri seperti PERKESO, Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru, Biocon, UTEX dan lain-lain lagi.