07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my
Program Kursus Asas APM Sesi 2/2022 telah diadakan pada 24 – 27 November 2022 bertempat di ILP Pasir Gudang. Program yang dijalankan selama 3 hari 2 malam telah disertai oleh 59 orang pelajar, 9 orang penyelaras APM PISPA ILPPG dan 6 orang jurulatih serta pegawai dari APM Daerah Johor Baharu. Objektif utama program ini adalah melengkapkan setiap peserta dengan ilmu secara teori dan amali Asas Pertahanan Awam ke arah kesiapsiagaan dalam menghadapi kecemasan dan bencana untuk diri sendiri juga masyarakat. Menerusi program yang dijalankan ini, para peserta didedahkan dengan pengenalan pertahanan awam, asas pertolongan cemas, menyelamat di waktu kecemasan, pendarahan & balutan, ‘CPR & Chocking’, ikatan tali serta kawad kaki. Sepanjang program dijalankan para peserta dilatih menghadapi cabaran sebenar dengan menjalani pelbagai aktiviti dan simulasi yang dirancang. Di akhir kursus, peserta diuji dengan peperiksaan teori dan amali untuk mendapatkan Sijil Asas Pertahanan Awam. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Penolong Pesuruhjaya PPj.(PA) Kamal bin Mokhtar dari Angkatan Pertahanan Awam Negeri Johor dan Timbalan Pengarah Latihan Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang Ts Eza binti Monzaid.
Skip to content