Kursus Jangka Pendek Basic Electronics telah dijalankan selama 3 hari bermula 21 hingga 23 November 2022. Seramai 6 orang pekerja industri telah menyertai kursus jangka pendek ini yang terdiri daripada pengurus, jurutera dan juruteknik dari Syarikat Salutary Avenue Sdn Bhd. Kursus ini disampaikan oleh tenaga pengajar dari Tek. Elektronik Industri iaitu Pn Azura Hani binti Hamdan. Peserta diberi pendedahan tentang asas elektronik bermula dari pengenalan hingga aplikasi komponen-komponen elekronik. Dalam kursus ini juga peserta diajar membuat pematerian komponen serta menghasilkan satu projek elektronik.
Kursus ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada pekerja industri tentang asas elektronik bermula dari komponen-komponen eletronik, teknik pematerian dan penghasilan projek elektronik. Kursus ini juga dapat meningkatkan pengetahuan serta memantapkan lagi kemahiran para pekerja industri. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dapat digunapakai dalam proses peningkatan kerjaya pekerja industri di masa akan datang.