Perbincangan secara hibrid telah dilaksanakan di ILP Pasir Gudang pada 23 November 2022 di Bilik Mesyuarat Utama ILP Pasir Gudang yang dihadiri oleh pegawai dari pihak Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) secara fizikal. Bagi kehadiran secara dalam talian diwakili oleh pihak ibu pejabat JTM yang diketuai oleh Pengarah Kawalan Teknikal JTM, Dr Azmir bin Mohd Yunus serta wakil pegawai-pegawai dari ADTEC Kemaman yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Operasi, En Wan Shaiful Hasrizam.
Melalui sesi tersebut kedua-dua pihak institut telah membentangkan status semasa bagi permohonan akreditasi yang dilaksanakan melalui sistem “The Hub” yang telah disediakan oleh pihak OPITO. Kedua-dua pihak institut juga telah mengenalpasti isu dan merancang persiapan permohonan supaya mematuhi tempoh masa proses permohonan yang telah ditetapkan.