Mesyuarat Penyelarasan Pensijilan Opito bagi ILP Pasir Gudang dan ADTEC Kemaman telah diadakan pada 14 November 2022 di Bilik Mesyuarat Utama, ILP Pasir Gudang. Objektif utama mesyuarat tersebut adalah bagi membuat penyelarasan antara ILJTM terpilih iaitu ILP Pasir Gudang dan ADTEC Kemaman yang layak ke peringkat akhir bagi permohonan Pensijilan Antarabangsa OPITO dalam sektor minyak dan gas. Sebanyak 5 institusi TVET daripada 15 institusi kemahiran dan pengajian tinggi telah terpilih dalam permohonan pensijilan antarabangsa OPITO bidang minyak dan gas iaitu ILP Pasir Gudang, ADTEC Kemaman, KKTM Kemaman, UTHM dan Politeknik Tun Syed Nasir. Wakil ahli mesyuarat dari ADTEC Kemaman telah diketuai oleh Timbalan pengarah Operasi, En. Wan Shaiful Hasrizam bersama Pegawai BKKL, BPPL, serta ketua bahagian dan pengajar bagi bidang Teknologi Elektrik, Teknologi Instrumentasi dan Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal. Melalui mesyuarat tersebut kedua-dua institut dapat merancang dan membuat persiapan bagi perubahan baru yang telah ditetapkan oleh pihak OPITO.