Pemeriksaan audit Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) telah diadakan pada 16 November 2022 bertempat di Bengkel Teknologi Elektrik dan Penjaga Jentera Elektrik. Tujuan lawatan audit adalah untuk menilai tahap kepatuhan institut dari segi dokumentasi, fasiliti, peralatan dan kefungsian peralatan dalam perlaksanaan kursus kekompetenan di bawah Suruhanjaya Tenaga (PW2 -A4).
Lawatan pemeriksaan ini diketuai oleh En. Mohd Erwan bin Mohd Lizan, Penolong Pengarah Kawalselia dan Keselamatan Elektrik Suruhanjaya Tenaga (ST) Putrajaya. Secara keseluruhanya proses audit berjalan dengan sangat lancar hasil kerjasama kakitangan Bahagian Elektrik.