Kontinjen ILP Pasir Gudang telah menyertai Karnival Kecemerlangan ILJTM Wilayah Selatan 2022 pada 11-13 November 2022 yang berlangsung di ILP Tangkak, Johor. Seramai 65 orang atlet dari Kontinjen ILPPG yang telah diketuai oleh En. Mohd Qayyum bin Mohd Khalid selaku Ketua Kontinjen ILPPG telah menyertai karnival tersebut bagi 11 acara yang dipertandingkan.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT, Kontinjen ILPPG telah berjaya memenangi 4 pingat Emas, 2 pingat Perak dan 1 pingat Gangsa dalam Karnival Kecemerlangan ILJTM Wilayah Selatan 2022. 4 acara yang berjaya merangkul pingat Emas ialah bola jaring, ping pong, dart dan memanah (VIP). 2 acara yang berjaya merangkul pingat Perak ialah bola sepak dan bola tampar (P). Manakala, pingat Gangsa telah diraih dari acara memanah (recurve).