Lawatan Auditor ke ILP Pasir Gudang terdiri daripada Tn Haji A. Rahmad bin Ngah (Ibu Pejabat JTM), En. Norhisan bin Sena (ADTEC Kemaman) dan Tn Haji Rozmi bin Rofie (ILP Ipoh) bagi Audit Dalaman Perlaksanaan Kursus Kekompetenan Suruhanjaya Tenaga di ILJTM pada 18-19 Oktober 2022. Objektif audit kali ini bagi mengenalpasti tahap kepatuhan institut dalam perlaksanaan kursus kekompetenan Suruhanjaya Tenaga. Audit telah dibuat ke atas dokumen berkaitan termasuk temubual ke atas 5 orang pelajar sepenuh masa.